- Get link
- X
- Other Apps
Adakah hari jilbab sedunia memperingati Marwah as-Syarbini??
Memperingati As Syahidah Dr Marwah Al Syarbini
Dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pada 1 Julai 2009 terhadap
Dr.Marwah as-Syarbini kerana tudungnya. Tidak banyak liputan TV mengenai
Marwah as-Syarbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak,sedang
mengandungkan tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang
pemuda jerman keturunan Rusia yang anti
islam dan anti muslim. Tidak ramai pula dikalangan orang islam sendiri
sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian
raja pop. Itu pun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya.
berhari-hari bahkan berminggu-minggu masih belum reda isunya.
Ribuang penduduk mesir menghantar jenazah Marwah ke tempat
pengkebumiaanya. Beliau tidak sepopular artis tersohor dunia,Micheal
Jackson,tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit
kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya.
Marwah ditikam di ruang mahkamah kota Dresden,Jerman sebelum memberi
keterangan keatas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda jerman Alex W
yang kerap menyebutnya "terroris" hanya disebabkan beliau berjilbab.
Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwah dan
berusaha melepaskan jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat
berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini ia
menikam Marwah berkali-kali. Suami Marwah yang berusaha melindungi
isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja
menembah suami Marwah yang kini berada dalam keadaan kritikal di
hospital Dresden.
Dalam sejarah islam, seorang wanita islam
cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas
pemuda islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara
Yahudi dan orang Islam. Di zaman khalifah Mu'tasim, seorang wanita
meminta tolong dengan berkata "waa Mu'tasimah". Mu'tasim yang berada
jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan
untuknya.
Umat islam kini, apa yang dibuatnya?media dunia umat
islam sendiri hanya pentingkan berita pengebumian raja pop Micheal
Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwah melainkan
media islam khususnya di internet.
Untuk memperingati peristiwa ini, hari jilbab sedunia dicadangkan bagi mengenangkan Marwah as-syarbini.
sumber: facebook
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment