Posted by
CAHAYARABBI
on
- Get link
- X
- Other Apps
Kelebihan 10 hari awal bulan Zulhijjah
Antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan
bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan
dijanjikan pahala yang berganda banyaknya.
Salah satunya ialah 10 hari yang terawal pada bulan Zulhijjah.
Beberapa dalil daripada al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:
1. Firman Allah SWT maksudnya:
“Demi fajar dan malam yang sepuluh.” (Al-Fajr: 1-2)
Kata Ibnu Kathir: “Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang
pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu
Az-Zubair, Mujahid dan lainnya.” HR: Imam Bukhari.
2. Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya;
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain
daripada hari-hari yang 10 ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad
di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah,
kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan
tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” HR: Ahmad, At-Tirmizi.
3. Firman Allah SWT, maksudnya;
“Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.” (Surah Al-Haj: 28).
Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang 10 itu.
4. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya
lebih dikasihi oleh Allah daripada hari-hari yang 10 ini. Maka
perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
5.
Adalah Said bin Jubir RA (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di
atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat
bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. HR Ad-Darimi- Hasan.
6.
Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, antara sebab keistimewaan 10
hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat
yang besar iaitu: Solat, puasa, sedekah dan haji. Pada waktu lain,
ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
1. Firman Allah SWT maksudnya:
“Demi fajar dan malam yang sepuluh.” (Al-Fajr: 1-2)
Kata Ibnu Kathir: “Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya.” HR: Imam Bukhari.
2. Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya;
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang 10 ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” HR: Ahmad, At-Tirmizi.
3. Firman Allah SWT, maksudnya;
“Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.” (Surah Al-Haj: 28).
Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang 10 itu.
4. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah daripada hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
5. Adalah Said bin Jubir RA (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. HR Ad-Darimi- Hasan.
6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: Solat, puasa, sedekah dan haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment