Amalan Burung Hantu

Di dalam kitab The Disadvantages of Staying Up Late At Night & The Advantages of Getting Up Early, disebutkan bahawa:

Terdapat perbezaan yg sngat ketara antara tidur pada waktu MALAM dan tidur pada SIANG HARI. Tidur pd waktu malam mempunyai banyak manfaatnya, kerana setiap organ di dalam badan kita mempunyai banyak masa untuk berehat berbanding pada waktu pagi, kerana cahaya pada waktu itu terang hingga menyukar urat saraf kita untuk berehat.

Sekiranya seorang itu tidur awal pd waktu malam, badannya mempunyai masa utk berehat dan memudahkannya untuk bangun awal pd waktu pagi utk beribadat kepada ALLAH. Namun sekiranya seseorang itu berjaga hingga lewat malam, dia akn terlepas drpd smua kelebihan ini.

Kebiasaannya mereka yg tidur awal adlah org yg menunaikan solat Subuh dan solat malam, sedangkan mereka yg tidur lambatnya adalah mereka yg menghabiskan masa dgn membuat perkara yg tidak berfaedah. Tambahan lagi, berjaga malam dpt menghabiskan tenaga dalam badan dan melamahkan sel otak. Jadi, mereka akan menjadi cepat rasa gelisah, sedangkan mereka yg tidur awal adalah lebih tenang dan tdk mudah gelisah.

Kata Ibnu al-Qayyim di dalam kitab Zadul Ma'ad: "Ada 4 perkara yg merosakkan kesihatan seseorang: Risau, sedih, lapar dan berjaga hingga lewat malam."
Katanya juga: "Tidur pada waktu pagi sangat membahayakan, kerana ianya akan melemahkan tubuh badan dan otot."

Kemuraman di muka, kemerahan pd mata, sering menguap, lemah badan, perasaan ingin tidur yg berterusan - semua ini adalah impak yg negatif pd mereka yg tidur lewat pd waktu malam, kerana mereka melanggar sistem yg ALLAH telah tetapkan pd makhluknya.

Sekiranya kita melihat pd binatang yg lain - apabila tibanya waktu malam, ikan akn berhenti berenang, serangga dan burung kembali ke sarang mereka utk tidur, kecuali binatang yg memang diciptakan ALLAH berjaga malam sperti kelawar dan tikus.

Semuanya memang sejajar dgn kehidupan NABI MUHAMMAD SAW..
Direkodkan dlm sirah bahawa Rasulullah SAW tdk suka utk tidur sblm Isya' dan berbual2 selepas Isya'. Ini kerana baginda akn tidur awal, spaya baginda boleh bangun awal pagi utk menunaikan solat Tahajjud.

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makanan (kpd yg memerlukan) dan solatlah malam ketika mana manusia yg lain sdang tidur - kamu akn masuk Syurga dgn selamat." [Riwayat Tirmizi]

Nabi SAW sntiasa menitik beratkan hal ini, shinggakan baginda pernah solat malam hingga bengkak kakinya; disebabkan terlalu lama berdiri. Apabila ditanya, baginda berkata: "Tidak bolehkah aku menjadi hamba yg bersyukur (kpd ALLAH)?"

Setersunya baginda akn terus berzikir kpd ALLAH hingga sampainya waktu Subuh, dan melakukan solat berjemaah di masjid. Baginda sering berdoa kpd ALLAH: "Ya ALLAH, berikanlah keberkatan kepada ummatku pd awal pagi mereka!"

* Tiada salahnya sekiranya kita melakukan kesilapan. Masalahnya cuma kita masih lagi berterusan melakukan kesilapan tersebut. Mulai dr sekarang, tidurlah awal dan bangun awal.

Comments