Pada tanggal 22 Mac 2004, maka telah Syahidnya seorang seorang tokoh pejuang Mujahidin Hamas, iaitu Syeikh Ahmad Yassin atau nama sebenarnya Syeikh Ahmad Ismail hassan Yassin, yang Syahid setalah di bom oleh Apache Israil Laknatullah. Setelah lapan tahun berlalu nama Syeikh Ahmad Yassin as-Syahid tetap harum dan terus hidup di dalam jiwa rakyat Palestin dan umat Islam yang tidak pernah berputus asa di dalam meneruskan jihad untuk membebaskan Masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis dan bumi Palestin yang diberkati.
Syeikh Ahmad Yassin telah menggariskan beberapa prinsip yang terus memberi kekuatan kepada umat Islam untuk menggalas tanggungjawab jihad di bumi Palestin. Di antara prinsip perjuangan yang sering beliau ucapkan ialah ‘Kami telah memilih jalan ini (jalan jihad) dan ianya akan berakhir dengan syahid atau kemenangan’. Itulah pilihan yang ada bagi mereka yang menyahut seruan jihad untuk membebaskan al-Aqsa. Tidak ada pilihan ketiga iaitu perundingan damai dan tolak ansur seperti yang sedang giat ditaja oleh golongan yang tidak yakin dengan jalan jihad. Golongan ini sanggup tunduk kepada tekanan Amerika dan kuasa-kuasa besar dan bertolak ansur dengan rejim Zionis Israel yang hanya mempunyai satu agenda iaitu mengekalkan pendudukan haram ke atas bumi Palestin dan mengambil alih Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa untuk tujuan-tujuan keji dan permusuhan.
Antara pesanan Syahid Syeikh Ahmad Yassin:
" Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian."
" Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah."
Comments
Post a Comment