
Memetik khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Prof.Dr.Ahmad Umar Hashim, satu nama besar di kalangan ulamak Al-Azhar yang pernah memegang jawatan Rektor Universiti Al-Azhar dan pakar dalam bidang Hadith kini Anggota Kibar Ulamak Al-Azhar. Khutbah beliau kira-kira dua hari lalu bersempena perasmian Masjid Al-Hidayah, Belbis di wilayah Syarqiyah mengupas peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada bulan Rejab.
Walaupun terlewat mengulas berkaitannya, cuma apa yang tertarik ialah beliau menghuraikan hikmah peristiwa tersebut berlaku. Menurut Dr.Umar, ia secara tidak langsung merupakan "operasi pembersihan" bagi membezakan siapa mereka yang benar dan salah. Akhirnya, ramai dikalangan mereka yang memeluk Islam boleh murtad selepas enggan beriman dengan peristiwa tersebut. Mereka yang beriman semakin bertambah iman manakala yang ragu-ragu sebelumnya terus kembali ke agama asal.
Kenapa semua ini berlaku? Menurut Dr.Umar ia sebagai ujian dan tapisan kepada hamba Allah yang bakal menyaksikan beberapa tahun kemudian berlakunya peristiwa Hijrah yang menyaksikan pembentukan sebuah negara Islam pertama. Lebih banyak ujian dan cabaran yang terpaksa dilalui yang bukan sahaja memerlukan semangat yang tinggi tetapi keimanan yang jitu serta akidah yang kukuh. Maka kekuatan negara Madinah selepas itu adalah hasil tapisan Allah yang berlaku dalam peristiwa agung ini.
Justeru, 'tapisan' Allah ini penting bagi memastikan kemenangan yang dikecapi diiringi redhaNya. ٍSiapa yang benar-benar ikhlas dan siapa yang mengkhianat. 'Tapisan' ini akan menyebabkan mereka yang benar-benar layak akan meneruskan perjuangan.
Kedua, pembinaan negara Islam contoh Al-Madinah bukan hanya berbekal semangat semata-mata tetapi dipasak oleh akidah perjuangan dan keimanan yang tinggi. Apa jua cabaran, sedikitpun mereka tidak tergugat.
By Abdul Malik
Comments
Post a Comment